
Majlis Sambutan Aidilfitri 2025
Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 9 April 2025 di perkarangan fakulti. Majlis ini dihadiri oleh para jemputan yang terdiri daripada staf akademik serta pentadbiran UniSZA bagi merayakan suasana kemeriahan Aidilfitri dalam suasana harmoni dan penuh muhibah.
Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Dr. Zurina binti Khairuddin, Dekan FBK, diikuti dengan bacaan doa oleh YBrs. Dr. Majdan. Turut disajikan hidangan tradisional Aidilfitri seperti ketupat, lemang, rendang, nasi minyak, soto, bihun sup dan kuih-muih. Tema "Hari Raya di FBK" menonjolkan semangat kekeluargaan dan keprihatinan warga fakulti. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan doa kesyukuran, memperkukuh hubungan silaturahim antara staf akademik dan pentadbiran fakulti.
Majlis ini bukan sahaja merayakan kemenangan setelah sebulan berpuasa, tetapi juga mempererat ukhuwah dan semangat kerjasama dalam komuniti FBK UniSZA.
Video 1: YouTube
Video 2: YouTube
Facebook : FBK UniSZA
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |