Selamat datang ke laman web Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal AbidinFBK UniSZA
ย 

Pertanyaan?

09-668 8100 / 8960
ย 

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

๐๐š๐ฆ๐ž๐ซ๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข ๐…๐๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“: ๐Œ๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐’๐ข๐ง๐ž๐ซ๐ ๐ข ๐๐š๐ก๐š๐ฌ๐š, ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข

16 Jun 2025- Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Pusat Pengajian Bahasa Moden dan Komunikasi (PPBMK) telah berjaya menganjurkan Pameran Inovasi Bahasa Melayu, Perhubungan Awam dan Media 2025 yang berlangsung di kampus Gong Badak. Program ini dirasmikan oleh YBrs. Dr. Zurina binti Khairuddin, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Program ini menghimpunkan pelbagai hasil karya inovatif oleh pelajar program Sarjana Muda Bahasa Melayu Kontemporari dengan Media Interaktif (Kepujian) serta Sarjana Muda Perhubungan Awam dengan Media Kontemporari (Kepujian).

Pameran ini merupakan platform penting yang mengetengahkan kreativiti dan inovasi pelajar dalam menghasilkan projek berteraskan bahasa, perhubungan awam dan media digital yang relevan dengan kehendak industri masa kini. Ia juga merupakan cerminan kejayaan integrasi ilmu akademik dan aplikasi praktikal, di mana para pelajar bukan sahaja mempamerkan hasil kerja mereka, tetapi turut berinteraksi secara profesional dengan pihak luar serta menerima maklum balas terus daripada wakil industri.

Antara pengisian utama program ini termasuk sesi penilaian oleh panel juri profesional yang terdiri daripada pelbagai latar belakang industri dan akademik. Barisan juri jemputan terdiri daripada Dr. Norhisham bin Mohd Kasim (Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan), Tuan Khairul Naim bin Thani (Menteri Printing Sdn Bhd), Encik Muhammad Amin bin Jaโ€™afar (Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu), Encik Rosli Ismail (Xiamen University Malaysia & Ahli Majlis IPRM), Encik Nazirul Ikram Sirozi (Hasbul Brothers Sdn Bhd) dan Encik Abdul Hadi bin Abdul Rahman (NFAR Media Production). Kehadiran para juri ini bukan sahaja menyumbang kepada proses penilaian projek, malah telah membuka ruang diskusi bermanfaat bersama pelajar serta memberikan input industri yang amat berguna.
Sebanyak enam anugerah projek terbaik telah diberikan bagi setiap kategori sebagai pengiktirafan terhadap inovasi dan kualiti karya pelajar yang menonjol. Selain itu, satu anugerah khas juri turut disampaikan kepada pembentang terbaik yang berjaya mempamerkan kualiti cemerlang. Pemenang membawa pulang hadiah berupa hamper dan bar emas sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan kecemerlangan mereka.
Dekan FBK dalam ucapannya menyatakan bahawa pameran ini adalah bukti kebitaraan pelajar FBK dalam mengolah pengetahuan menjadi inovasi yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih luas, sekali gus membuktikan bahawa bidang bahasa dan perhubungan awam mempunyai potensi besar dalam mencorak landskap komunikasi moden.
Semoga penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai salah satu inisiatif ke arah pembangunan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah, serta memperkukuh jaringan antara universiti dan pihak industri.

#FBKUniSZA
#PameranInovasiFBK2025
#BAM
#BPR
#UniSZA

ย 

Hubungi Kami

Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

ย  09-668 8100 / 8960
ย  fbk@unisza.edu.my
logo3d left

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

500537