Selamat datang ke laman web Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal AbidinFBK UniSZA
 

Pertanyaan?

09-668 8100 / 8960
 

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu
UMS PPHP UniSZA

Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2024, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UniSZA: Menelusuri Masa Depan dalam Dunia AI

Kuala Terengganu, 5 Disember 2024 – Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2024 yang berlangsung selama empat hari bermula 1 hingga 4 Disember 2024. Acara ini mengetengahkan tema, “Navigating the Future in the World of AI: Emerging Trends and Challenges in Language & Communication Research & Innovation,” yang memberi tumpuan kepada perkembangan dan cabaran terkini dalam penyelidikan serta inovasi berkaitan bahasa dan komunikasi dalam era kecerdasan buatan (AI).

Empat penceramah jemputan utama dari luar negara telah diundang bagi menyampaikan  perkongsian pandangan dan pengalaman mereka dalam bidang kajian masing-masing. Mereka ialah (i) Prof. Dr. Marilu R. Madrunio dari Faculty of Arts and Letters, University of Santo Tomas, Filipina, (ii) Prof. Dr. I Made Netra, S.S., dari Udayana University, Indonesia, (iii) Dr. Sharifah Nurul Huda Alkaff dari Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Brunei Darussalam, dan (iv) Dr. Fahmi Gunawan dari Institut Agama Islam Negeri Kendari, Indonesia.

Minggu Penyelidikan dan Inovasi FBK 2024 ini menyaksikan penglibatan aktif daripada para pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Turut serta dalam program pada kali ini ialah pelajar siswazah dan  pelajar tahun akhir daripada program Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab (Dengan Kepujian) dan Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian). Perasmian Minggu Penyelidikan dan Inovasi FBK 2024 telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Zurina binti Khairuddin, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi.

Dengan kejayaan penganjuran Minggu Penyelidikan dan Inovasi FBK 2024, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UniSZA terus komited dalam memperkasakan usaha penyelidikan dan inovasi yang relevan dengan keperluan masa depan. Acara ini bukan sahaja menjadi bukti kesungguhan fakulti dalam meneroka teknologi AI tetapi juga mengukuhkan peranan UniSZA sebagai peneraju pendidikan tinggi yang progresif di peringkat antarabangsa.

#FBK
#unisza
#IlmuDemiFaedahInsan

Facebook FBK

 
 
 
 
     
 
     
 
 
 
 
 
 
 
     
 

 

Hubungi Kami

Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8100 / 8960
  fbk@unisza.edu.my
logo3d left

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

497450