Bengkel Pemurnian Kurikulum Program Ijazah Bahasa Arab
Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Darul Iman Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Program Ijazah Bahasa Arab dengan Kepujian selama 4 hari bermula pada 11 hingga 14 April 2010 yang bertempat di bilik mesyuarat FBK, UDM Kampus KUSZA dan ia melibatkan seramai 10 kakitangan Jabatan Bahasa Arab. Bengkel ini bertujuan untuk memurnikan draf proforma semua kursus bagi kurikulum program Ijazah Bahasa Arab dengan Kepujian yang melibatkan kandungan kursus, penandaan Hasil Pembelajaran dan Kemahiran Insaniah (LOKI), jam pembelajaran pelajar serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Bengkel yang dijalankan selama 4 hari berturut-turut ini bermula seawal 8 pagi sehingga 5 petang. Hampir kesemua pro-forma kursus dan LOKI bagi program ijazah tersebut dibentangkan dalam bengkel ini dan telah mencapai objektif yang dikehendaki. Hasil perbincangan menyaksikan pembetulan demi pembetulan yang memantapkan lagi kandungan kursus serta piawaian yang telah ditetapkan oleh MQF. Suasana bengkel ini dapat dilihat di dalam gambar-gambar berikut :
Ust Hazli bertindak sebagai pengendali bengkel
Dr. Kamarul Shukri sedang memikirkan idea dan cadangan-cadangan untuk dilontarkan
Contoh domain psikomotor untuk penandaan di dalam hasil pembelajaran
Ust Firdaus sedang membentangkan pro forma bagi kursus yang diamanahkan kepadanya
Ust Ala Uddin khusyuk membentangkan pro forma bagi kursus yang ditugaskan kepadanya
Para peserta bengkel yang begitu bersemangat
Perbincangan dan perkongsian idea
Srikandi Jabatan Bahasa Arab
Ust Hazli yang begitu ceria dan penuh dedikasi
Menjamu selera sebentar
Melontar idea
Tidak kenal erti penat lelah
Meneliti proforma kursus sebelum dibentangkan
Tekun mendengar pembentangan
Ustaz Fauzi membetulkan hasil pembelajaran
Dr. Kamarul Shukri membentangkan proforma-proforma kursus yang telah diamanahkan
Ustaz Nizar sedang mendengar cadangan-cadangan yang dilontarkan
Ustazah Siti Salwa sedang membentangkan proforma kursus
Semangat perbincangan jelas terpancar di raut wajah masing-masing
Menyemak buku rujukan untuk proforma kursus
Tentatif perjalanan bengkel selama empat hari