طباعة

SIRI WACANA FBK

كتب بواسطة: Pentadbir.

1wan     

 

SIRI WACANA FBK telah diadakan pada 25 Julai 2016 di Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai topik dan isu terkini dalam penyelidikan dan inovasi pengajaran dan pembelajaran bidang bahasa Arab dan bahasa Inggeris kepada staf akademik dan pelajar siswazah FBK.

Kolokium ini juga diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan penulisan tesis pelajar sarjana FBK menerusi carian dan sitasi kajian-kajian lepas. Profesor Madya Dr. Muhammad Sabri Sahrir (Mantan Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab di Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa UIAM, Malaysia) dan Dr. Radzuwan Ab. Rashid, Koordinator Pelajar Sarjana Pusat Pengajian Siswazah (PPS), UniSZA merupakan dua penceramah terkenal yang dijemput dalam siri wacana kali ini. Dua tajuk yang dibentangkan oleh Profesor Madya Dr. Muhammad Sabri Sahrir mengenai Research and Innovation (Slot 1) dan Writing a Literature Review (Arabic) dalam Slot 2. Pada sesi petang, Dr. Radzuwan Ab. Rashid telah membentang tajuk Writing a Literature Review (English).

Seramai 10 pensyarah FBK dan 20 pelajar siswazah telah menghadiri siri wacana ini dan mereka telah memberi maklumbalas yang positif.

 

ll Galeri ll

طباعة

MAJLIS PERSARAAN PUAN AKMAH YUSOF

كتب بواسطة: Pentadbir.

BA

 

Selepas berkecimpung dalam dunia pendidikan sejak 30 tahun yang lalu, Puan Akmah binti Yusof, 58, diraikan oleh para pensyarah dan kakitangan Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) pada tanggal 21 Julai 2016. Majlis Jasamu Dikenang, diadakan khas buat Puan Akmah bini Yusof, pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Inggeris, FBK bagi mengenang jasa dan keringat yang dicurahkan oleh beliau selama lebih kurang 18 tahun bertugas di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Majlis yang berlangsung di Quinara Al-Safir Resort, Jalan Tok Jembal, Kuala Nerus diserikan dengan pelbagai atur cara menarik untuk meraikan beliau.

Beliau yang mula bertugas di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada tahun 1998, telah melalui 18 tahun susah senang dalam mengukir kecemerlangan FBK khususnya. Detik persaraan beliau pada 21 Julai 2016 sangat dirasai oleh semua pensyarah dan kakitangan FBK kerana karakter beliau yang sangat baik dan mesra dengan semua orang. Sepanjang Puan Akmah berkhidmat di UniSZA, pelbagai jasa dan sumbangan serta pengorbanan telah ditaburkan terhadap fakulti. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak bangsa untuk berjaya dalam pengajian masing-masing.

Selamat bersara Puan Akmah Yusof. Semoga sentiasa dalam keadaan sihat, gembira serta dalam perlindungan Allah s.w.t. setiap masa. Terima kasih atas segala pengalaman, kenangan dan bimbingan yang diberikan. Jasamu akan sentiasa dikenang, Insya Allah. Fakulti Bahasa dan Komunikasi mengucapkan selamat maju jaya dalam menjalani kehidupan yang dilimpahi keberkatan oleh Allah s.w.t.

 

ll Galeri ll

طباعة

BENGKEL PENYEDIAAN CONSTRUCTIVE ALIGNMENT (CA) & CONTINUOUS QUALITY IMPROVEMENT (CQI)

كتب بواسطة: Pentadbir.

babanner

 

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), UniSZA telah mengadakan Bengkel Penyediaan Constructive Alignment (CA) dan Continuous Quality Improvement (CQI) pada 18 Julai hingga 19 Julai 2016, bertempat di Makmal Komputer, Blok Umar, FBK. Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Aida binti Othman dan Puan Fatimah binti Ghazali dari Pusat Kualiti Akademik & e-Pembelajaran (AQeL), UniSZA dan membabitkan penyertaan seramai 34 orang pensyarah FBK.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua pensyarah FBK mengenai penyediaan CA dan CQI dan melatih pensyarah untuk melaksanakan CA dan CQI bermula pada setiap semester. Pelaksanaan ini perlu menggunakan format yang diselaraskan bagi mencapai hasil pembelajaran kursus yang ditetapkan. Bengkel ini juga merupakan satu usaha untuk mempertingkatkan kualiti akademik dan kemahiran para pensyarah sebagaimana yang disarankan oleh pihak MQA.

Adalah diharapkan, bengkel ini dapat mempertingkatkan lagi kualiti pembangunan akademik dalam kalangan pensyarah FBK, seterusnya menyumbang ke arah kecemerlangan universiti pada masa akan datang.

ll Galeri ll