Cetak

Bengkel Penulisan dan Penerbitan Makalah

Ditulis oleh Pentadbir.

profkj

 

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) dengan kerjasama Pusat Pengajian Siswazah (PPS) Universiti Sultan Zainal Abidin telah menganjurkan Bengkel Penulisan dan Penerbitan Makalah dalam Jurnal Berindeks Berindeks Scopus, ISI WoS, ERA/OA bersama Prof. Dr. Hj. Kamaruzaman bin Jusoff, profesor dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Bengkel tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada 1 hingga 2 Mac 2016 bertempat di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin. Bengkel selama dua hari tersebut telah dihadiri oleh hampir 100 orang peserta yang rata-ratanya merupakan pensyarah dan pelajar siswazah dari seluruh Malaysia.

Bengkel ini merupakan satu inisiatif FBK dan PPS untuk menggalakkan para pensyarah dan para pelajar siswazah UniSZA untuk menghasilkan makalah yang berkualiti tinggi dan dapat diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi. Perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Prof. Dr Hj Kamaruzaman bin Jusoff sepanjang bengkel ini berlangsung memberi input yang amat baik kepada para peserta. Tambahan pula, beliau merupakan individu yang tidak asing lagi dalam bidang penulisan ilmiah dan kejayaan serta hasil penulisan beliau telah diiktiraf di peringkat antarabangasa.

Antara intipati penting dalam bengkel tersebut ialah para peserta telah diberi pendedahan tentang panduan serta teknik-teknik terbaik untuk menulis makalah yang bersesuaian untuk jurnal-jurnal berindeks tinggi. Para peserta juga diberi peluang untuk mengenal pasti jurnal-jurnal berindeks tinggi yang bersesuaian dengan bidang para peserta. Selain itu, para peserta telah didedahkan dengan tips-tips bagi mengelakkan berlakunya plagiat dalam penulisan makalah.

Bengkel selama dua hari ini secara keseluruhannya telah memberi banyak manfaat kepada para peserta yang hadir.

 

ll Galeri ll

Cetak

Pingat Emas di iCompex 2016

Ditulis oleh Pentadbir.

bannerdrradzuwan

 

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Sultan Zainal Abidin mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada Dr. Radzuwan bin Ab. Rashid, pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Inggeris, FBK atas kemenangan beliau meraih pingat emas dalam International Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx'16) 2016.

iCompEx'16 yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ini telah diadakan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 22 hingga 24 Mac 2016. Pameran dan pertandingan iCompEx'16 ini menjadi antara medan bagi menghimpunkan para sarjana dalam pelbagai bidang untuk membuat pameran produk inovasi yang telah dicipta.

Kemenangan Dr. Radzuwan adalah dalam kategori Multimedia dan ICT. Produk yang direka dan dipamerkan oleh beliau dalam iComplEx'16 kali ini dikenali sebagai Virtual Speaking Buddy (VirSbud).

Semoga kemenangan Dr. Radzuwan dan ahli pasukannya menjadi pemangkin kepada penghasilan produk-produk inovasi lain oleh warga akademia FBK.

ll Galeri ll

Cetak

Akreditasi BEN

Ditulis oleh Pentadbir.

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima kunjungan Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk Penilaian Akreditasi Penuh. Kunjungan tersebut telah diadakan pada 11 – 12 Januari 2016 dan proses penilaian berlangsung di Bilik Mesyuarat, FBK.

Penilaian ini mengambil masa selama dua hari itu melibatkan program pengajian yang ditawarkan oleh FBK iaitu Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian). Penilaian tersebut dijalankan untuk mendapatkan pengiktirafan dan kelayakan akreditasi penuh daripada pihak MQA.