بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UniSZA telah mengorak langkah yang lebih dinamik dengan pelancaran web baharu FBK sejajar dengan aliran zaman yang berteraskan teknologi dan generasi IR4.0.
Dengan kandungan dan penampilan yang lebih segar dan terkini, adalah diharapkan para pengunjung ke web ini bukan sahaja akan mendapat lebih manfaat dan pengetahuan tentang aktiviti dan info yang berkaitan dengan FBK, bahkan juga dapat mengenali FBK dengan lebih dekat lagi. FBK yang ditunjangi oleh 4 program pra-siswazah bahasa dan komunikasi dan 4 program pasca-siswazah akan mencuba sedaya upaya menjadikan platform ini sebagai wadah perkembangan ilmu yang berkaitan dengan Bahasa dan komunikasi seiring dengan moto FBK iaitu “Impacting Lives Through Languages”.
Seiring dengan moto UniSZA “Ilmu Demi Faedah Insan”, adalah diharapkan web FBK ini dapat memberikan sumbangan yang sebaik mungkin bagi mereaslisasikan misi dan visi FBK dan UniSZA.
812
Pelajar Prasiswazah
216
Pelajar Pascasiswazah
39
Staf Akademik
7
Staf Pentadbiran
"Menelusuri cabaran dengan penuh kesabaran memungkinkan keberhasilan rasa tiada duka. Kita mampu mencorakkan rasa agar terpalit kemanisan tiada hampa."
Pensyarah PPBA
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA
Tel : 09-668 8100
Faks : 09-668 7844