طباعة

Minggu Mesra Siswa FBK 2018

كتب بواسطة: Pentadbir.


mms

 

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Minggu Mesra Siswa (MMS) peringkat fakulti pada 6 September 2018 lalu. Program yang melibatkan para pelajar bagi pengambilan sesi 2018/2019 ini bertempat di Bilik Umar 01 dan 02. Pada semester kali ini, FBK telah menerima seramai 139 orang pelajar yang terdiri daripada 67 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab, manakala 72 orang bagi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris dengan Komunikasi.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, kemudian disusuli dengan bacaan doa oleh wakil pelajar FBK. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Timbalan Dekan (HEPA) FBK, YM. Engku Suhaimi bin Engku Atek seterusnya beliau merasmikan majlis tersebut. Sejurus ucapan dan perasmian majlis tersebut, para pelajar diberi penerangan dan gambaran awal mengenai FBK serta program-program yang dijalankan sepanjang tahun di FBK. Selain itu, para pelajar juga didedahkan mengenai struktur pengajian mereka selama berada di UniSZA oleh Ketua Pusat Pengajian (KPP) masing-masing.

Turut menghadiri majlis perasmian tersebut adalah para pensyarah dan staf pentadbiran FBK. Program ini dilihat mampu membantu para pelajar baru bagi mendapat gambaran awal mengenai fakulti mereka. Selain itu, para pelajar juga mampu untuk mengenali warga FBK termasuk kakitangan, staf mahupun pensyarah. Semoga program yang diadakan ini mampu melahirkan pelajar yang lebih maju ke hadapan dan berdaya saing.

 

ll Galeri ll

طباعة

Majlis Setulus Kasih Seindah Memori

كتب بواسطة: Pentadbir.

kakapah3

 

Setelah sekian lama berkecimpung dalam bidang akademik, YM. Puan Sharifah Nor Madiah binti Syed Omar kini telah bersara pada 15 September 2018. Beliau dikenali sebagai seorang yang amat berdedikasi dan komited terhadap tugasnya. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah menjawat pelbagai jawatan seperti koordinator program, ketua jabatan dan timbalan dekan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Beliau juga amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja.

Majlis yang dinamakan Setulus Kasih Seindah Memori telah dianjurkan oleh pihak fakulti sempena meraikan persaraan beliau. Ia bertujuan memperingati serta menghargai segala sumbangan beliau sepanjang keberadaan di UniSZA. Majlis tersebut telah diadakan di Am Transit Inn pada 4 September 2018. Ia telah dihadiri oleh staf-staf FBK termasuk mereka yang telah bersara. Warga fakulti mendoakan beliau diberi kesihatan dan dipermudahkan segala urusan pada hari-hari mendatang.

 

ll Galeri ll

طباعة

LAWATAN PENASIHAT LUAR

كتب بواسطة: Pentadbir.

ppbmk

 

Pusat Pengajian Bahasa Moden dan Komunikasi, FBK kini dalam rangka menawarkan dua program baharu untuk ditawarkan pada sesi pengajian semester 1, 2019/2020. Program-program baharu tersebut ialah Sarjana Muda Perhubungan Awam dengan Media Kontemporari dan Sarjana Muda Bahasa Melayu Kontemporari dengan Media Interaktif (Kepujian).

Sehubungan dengan itu, pusat pengajian telah menjemput penasihat-penasihat luar untuk dua program tersebut bertujuan meneliti dan menilai kesesuaian kursus-kursus yang bakal ditawarkan dalam kedua-dua program pengajian tersebut. Perjumpaan selama dua hari iaitu pada 8 hingga 9 Ogos 2018 itu telah berjalan dengan lancar. Pelbagai cadangan dan saranan untuk penambahbaikan isi kandungan program telah dibincangkan sepanjang program itu berlangsung.

 

ll Galeri ll